online diary p0sT bY MySelF ^_^: Diari hidup seorang lelaki ..

ThEy ThAt i LoVe

ThEy ThAt i LoVe

Ahad, 1 Julai 2012

Diari hidup seorang lelaki ..


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar , Tahun 2001

"Nur.. Jumpa lagi !! "teriak aku dari kaki lima kelas  4 Perinsip Akaun

Nur melambai-lambai tangan,sambil bejalan bersama ibunya..Nur adik kepada Badrul .. kami memang rapat , Badrul tua setahun dari aku ..Di sekolah semua kawan-kawan ku sudah pulang kerana ibubapa mereka datang ke sekolah untuk hari diskusi .. Mereka dibenarkan pulang bersama-sama ibubapa masing-masing . Aku masih menunggu ibu datang untuk mengambil kad penyata .." Mana ibu ni , ibu tak datang ke? barangkali ibu sibuk" Hati ku berkata ..
Menunggu dan terus menunggu sehingga lonceng tamat waktu persekolahan bunyi .. Kringggggg!!!
Aku pulang segera dengan basikal kesayanganku .. setibanya di rumah , ibu dan ayah tiada , adik masih belum pulang dari sekolah agama.. ayah memang waktu begini pergi mesin rumput , tapi ibu kemana .. Hatiku tertanya .. Aku sudah tidak sabar hendak menunjukkan kad penyata ini kepada ibu dah ayah .. pasti ibu dan ayah bangga terhadap ku ..
Senja telah tiba , ku lihat kelibat ibu di pangkin tepi rumah dengan topi sawahnya.. "ouh , ibu sudah pulang,patutlah ibu tidak ke sekolah , ibu kesawah rupanya "kata ku sambil menuju ke pangkin .. "a'ah , petang semalam mak niah ada suruh ibu ke sawah ..suruh ibu tolong dia uruskan padi-padinya yang diserang serangga katanya , di sekolah ada apa ? " .. "ouh,yela .. ibu lupa ya ? kelmarin kan abg da cakap sekolah abg ada hari terbuka" . "Ya Allah , ibu lupa la bang .. maafkan ibu ..ibu betul-betul terlupa" kata ibu dengan penuh kesal kerana lupa akan hari penting .. sebelum ini ibu tidak pernah lupa akan program-program yang diadakan di sekolah kerana dia cukup menitikberatkan akan pelajaran anak-anaknya ..

                                                               **************

Woit.. opocot ibu aku .. aku melatah . "engkau ni kan kalau tak mengusik aku tak sah" aku tersengih .. memandang badrul yang ketawa mengekek-ngekek kerana berjaya mengusik aku .. "kau ni kenapa ? temenung jauh nampak , ingat kan siapa ha . ouh budak kolej tuh ea? " . "mana ada , kau ni pandai-pandai je" kata ku sambil ketawa .. " Bad .. " " hmpp , ada apa ? aku tengok kau ni macam memendam rasa je.. kau kenapa ? " aku rase malu untuk berterus terang dengan sahabat karibnya ini .. "Mmm,sebenarnya aku rindu kat ibu aku , da lama aku tak jenguk dia kat kampung"riak muka ku terus berubah mendung .. "sabar la kawan , kau banyak-banyak kan doa supaya hati ibu kau dapat terima keputusan kau tuh , sekeras mana pun hati seorang ibu lama-lama dia boleh terima jugak keputusan kau tuh , macam kerak nasi yang hangus kau masak hari tu.. kena air lama-lama lembut juga, tak gitu kawan ? " kata badrul sambil tersengih .. Itu lah badrul , dia sentiasa beri aku semangat dengan kata-kata dia yang agak "bombastik" mungkin ..

Maghrib pun tiba , setelah selesai solat .. jauh disudut hatiku aku menadah tangan kepada yang Maha Esa .. Ya Allah , aku redha dengan dugaan yang engkau berikan ini , tapi aku mohon , kuatkan lah hatiku untuk menempuhnya ..berikan lah aku kecekalan hati dan lembutkan lah hati ibuku , hilangkan lah sakit di hatinya .. jauhkan lah aku dari menjadi anak derhaka , dan berikan lah kesempatan untuk aku bersamanya Ya Allah untuk membalas jasanya .. berikan lah kegembiraan dan kebahagiaan kepada ibuku amin amin ya rabaal alamin ..

Setelah selesai solat maghrib dan isyak .. Badrul mengajakku pergi makan di luar ..

Restoran Bintang's Resepi , Coral Beach ..

Badrul memesan makanan , nasi goreng kampung dan tom yam campur .. tiba-tiba aku teringat kepada ibu di kampung , itu makanan kegemaran ibu .. ibu suka nasi goreng kampung dan tom yam campur bila kami sekeluarga makan di luar .. Air mataku bertakung mengenangkan kenanagan ku bersama ibu dan keluarga ku , aku hanyalah dua beradik .. kedua-duanya lelaki dan adikku agak mendengar kata berbanding aku , aku seorang yang panas baran dan tidak suka dikongkong ..bila ibu suruh aku selalu turut .. tapi yang satu ini tentang cita-cita aku , ibu tentang habis-habisan , sebab itu lah aku tinggal dengan badrul sekarang .. ibu mahu aku jadi sainstis , tetapi aku mahu menjadi askar dan mahu menjadi pemain basikal yang terkenal oleh seluruh dunia seperti Mohd Azizulhasni Awang .. tetapi ibu tidak mengizinkan .. "kalau abang tak nak jadi sainstis abang jangan jenguk ibu kat kampung ni lagi " "tapi ibu .. " panggg!! sebuah tamparan hingap di pipi .. dengan keadaan marah , aku keluar dari rumah dan sampai sekarang duduk bersama kawan karibku .. sudah 7 tahun aku tidak jumpa ibu , rindu yang teramat sangat terhadap ibu yang dikasihi ..selama 7 tahun itulah aku berusaha bersungguh-sungguh mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan , aku dan Badrul pernah mengikat perut selama beberapa hari ..Badrul lah rakan susah dan senang ku , segala masalah kami harungi bersama .. aku menganggap Badrul sudah sebahagian daripada keluarga aku .. Ini semua aku lakukan untuk menjadi apa yang ibu inginkan dan sekaligus menjadi pemain basikal yang terkenal .. cuma cita-cita ku mahu menjadi askar saja belum tercapai ..aku sering berjumpa dengan adik dan memberikan sedikit wang untuk belanja rumah, ibu tidak tahu .. ayah selalu juga bertanya khabar ku , ayah seorang yang penyanyang .. walaupun ayah jarang meninggikan suara .. tetapi kami semua hormat akan ayah ..

**********

"hoiii!!apa kau menungkan tuh ? " .. "erkk , apa kau cakap ?"  .. " makan lah , kau pikir apa lagi fahmi ? , pasal ibu kau lagi ke ?" .. "hmpp , aku teringat ibu aku lah bad , aku nak sangat peluk ibu .. " " sabar lah kawan , hah! apa kata kau balik kampung je .. hujung minggu ni mak aku ada buat kenduri nak sambut puasa.. kau ikut sekali la , nt mesti ibu kau ada" .. " aku takot ibu aku marah aku lagi " , terngiang-ngiang suara ibu saat ibu marah .. seram sejuk dibuatnya .. "kau dah berjaya kan sekarang , dah jadi apa yang ibu kau ingin kan .. tp kenapa kau takot nak balik ? " "aku rasa besalah , malu .. ishh, macam-macam lagi lah " .. "ibu kau mesti rasa bangga dengan kau fahmi , sebab kau dapat jadi apa yang dia inginkan " .. "tapi kau jangan lupa , aku pun jadi apa yang ibu aku tak suka.." 

Hujung minggu telah tiba .. terasa macam penjenayah yang mahu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati , macam tu lah perasaan ku sewaktu perjalanan pulang ke Lukut .. bagaimanakah reaksi ibu agaknya .. pelbagai persoalan bermain dimindaku .. kami sampai di rumah Badrul pada pukul 6.40 petang ..  waktu tuh , ibu baru saja pulang kata ibu mak niah , ibu badrul .. selepas solat isyak .. aku terdengar suara ibu memberi salam "asalamualikum niah ,ouh niah .. " hatiku berdebar-debar .. suara yang aku rindui selama 7 tahun kini aku dengar kembali .. aku gagah kan diri keluar dari bilik .. "ibu.. " mataku berkaca .. , tubuh tua itu terperanjat lalu mencari arah suara itu .. "ibuu .. " panggil ku lagi .. air mata ibu turun laju membasahi pipi yang dulunya sering ku kucup apabila mahu ke sekolah .. ibu nangis teresak-esak .. lalu memeluk ku , "fahmi , kemana je kau nak .. ibu minta maaf nak ..ibu besalah suruh kau ikut apa yang ibu mahu .. ibu da sedar sekarang " .. "ibu , ibu tak salah .. abg yang salah .. abg yang melawan cakap ibu .. abg tak nak jadi anak derhaka bu , ampun kan abg bu .. " air mataku deras mengalir .. "ibu da lama maafkan abg , dah jangan nangis lagi nak ..yang penting abg da balik pada ibu .. itu pun da cukup nak .." 

Setelah aku menceritakan segalanya pada ibu , ibu menangis lagi .. ibu terharu sangat , walaupun aku lari dari rumah .. tetapi aku masih tidak melupakan nya dan masih mahu menjadi apa yang di inginkan oleh ibu .. Sekarang semuanya telah selesai .. aku telah membeli rumah di bandar dan meneruskan kerjaya ku.. Ibu sekarang tidak perlu bekerja lagi .. kerana segala kemudahan aku dan adik ku syafiq telah sediakan .. Kami hidup bahagia seperti dulu malah lebih bahagia .. 


** SEKIAN **


HAHA .. siap suda , actly nih cerpen yg kene wt karangan BM , ckgu srh wt cerpen "kecekalan hati seseorang dalam mencapai kejayaan" lari giler dari tajuk kn ? .. aku hembus jerk .. sorry pki name sape2 yg t'rse .. ampun dipinta .. *kenyit mata sikit .. k bhai







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen